"CORPORATE WAQAF FOR BUSINESS JIHAD"                                                                        "WAQAF KORPORAT UNTUK JIHAD BISNES"                                                                         "BUSINESS JIHAD - A JIHAD OF PEACE AND PROSPERITY THROUGH BUSINESS"
 

FORUM: DASAR MEMBINA JUTAWAN INDIVIDU BOLEH MERUGIKAN MELAYU

Posted On August 23, 2009

(Artikel ini juga telah diterbitkan di dalam ruangan Rencana, Utusan Malaysia pada 26 Ogos 2009 di bawah tajuk “Dasar Bina Jutawan Melayu”)

Penulisan dalam Utusan Malaysia keluaran 22 Ogos, 2009, melalui ruangan Rencana di bawah tajuk “Usaha ramaikan tokoh Melayu Islam terunggul”, oleh Rohami Shafie, Pensyarah Perakaunan dan Kewangan, Universiti Utara Malaysia menarik perhatian saya.

Antara lain, beliau telah menyatakan: “… orang Melayu Islam masih kekurangan dalam serba serbi dalam bidang ekonomi. Sejak beberapa tahun kebelakangan, hanya seorang tokoh Melayu Islam yang dikategorikan sebagai 10 terkaya di Malaysia. Ini masih belum mencukupi kerana berdasarkan jumlah penduduk Malaysia, sekurang-kurangnya enam tokoh Melayu Islam perlu berada dalam senarai itu.”

Saya bersetuju penuh dengan kesimpulan penulisan beliau bahawa kita perlu berusaha melahirkan lebih ramai sarjana dan cendiakawan ”…Melayu Islam di peringkat dunia” sehingga muncul yang ”bertaraf global seperti Ibnu Razi, Ibnu Sina, Al-Tabari dan Ibnu Khaldun.” Namun kita harus lebih berhati-hati dan tidak keterlaluan dalam usaha melahirkan cuma beberapa orang ”jutawan individu” Melayu Islam, sekalipun mereka ramai dan merupakan majoriti dalam senarai warga Malaysia terkaya.

Yang perlu turut diberi perhatian ialah hakikat bahawa cara ini sebenarnya penuh dengan kepincangan dan bahaya. Selain daripada ketidakadilan yang semakin melebar, kita telah juga saksikan bagaimana ketirisan dan kebocoran hakmilik Melayu Islam telah berlaku hasil dari dasar individualistik ini. Jelas kita saksikan kerugiannya, misalnya, apabila UDA diswastakan, dan kini sedang cuba dihidupkan semula! Penubuhan Ekuinas juga membayangkan betapa kita terpaksa mengambil langkah baru setelah yang lama banyak mengakibatkan kehilangan kawalan ke atas hakmilik strategik. Demikian juga dengan penswastaan lainnya, termasuk kes-kes seperti Pantai Holdings, Bernas dan banyak yang lain, yang kesemuanya mengakibatkan kerugian yang menjejas kepentingan jangka-panjang bangsa dan negara.

Saya berpendapat telah tiba masanya bangsa Melayu menstrategikan semula seluruh pendekatan untuk menjamin kedudukan masa depan. Yang paling penting ialah menentukan kesinambungan kawalan terhadap harta kekayaan dan kepentingan bisnes strategik. Kita tidak perlu mengikut model kapitalisme Barat secara membabi-buta dan harus menserasikannya dengan keperluan kepentingan jangka panjang bangsa dan negara serta tuntutan nilai Islam.

PEMBANGUNAN HARTANAH SEBAGAI STRATEGI JIHAD BISNES DAN WAQAF KORPORAT

Posted On August 17, 2009

hartanah

This presentation on “Pembangunan Hartanah sebagai Strategi Jihad Bisnes & Waqaf Korporat” was presented at Seminar Pembangunan Hartanah Kebangsaan Menurut Perspektif Islam, on 11 August 2009 at Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.


DOWNLOAD THE PRESENTATION