"CORPORATE WAQAF FOR BUSINESS JIHAD"                                                                        "WAQAF KORPORAT UNTUK JIHAD BISNES"                                                                         "BUSINESS JIHAD - A JIHAD OF PEACE AND PROSPERITY THROUGH BUSINESS"
 

MINDA BISTARI #3 - BERANI MELANGGAR LAUTAN API

Posted On September 25, 2009

(Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro, 24 September 2009 di bawah tajuk “Peranan PBT Ubah Nasib Anak Kampung”)

Fokus Minda BISTARI minggu ini ialah kepada salah satu program sukarela Corporate Social Responsibility atau CSR MPPG yang diperkenalkan oleh JCorp yang mempunyai peranan yang sangat istimewa dan impak luar biasa terhadap komuniti Pasir Gudang. Program ini dianggap luar biasa kerana ia juga mengandungi mesej dan implikasi yang sangat besar pengertiannya kepada pembangunan bangsa dan negara. Ia juga begitu istimewa kerana fokusnya melibatkan usaha berkesan dalam memperbaharui sikap dan minda penduduk kampung tradisional sekitar Pasir Gudang terhadap peranan mereka sendiri dalam arena pesat pembangunan sebuah bandar industri.

Apa yang ingin saya kongsi bersama para pembaca sekelian pada kali ini adalah penglibatan JCorp dan MPPG dalam pembangunan sukan Perahu Layar melalui Persatuan Pelayaran Johor dan Persatuan Pelayaran Malaysia. Persatuan Pelayar Johor khasnya telah ditubuhkan atas daya insiatif JCorp di mana tujuannya adalah untuk melibatkan anak-anak kampung tradisional di sekitar Pasir Gudang ke dalam sukan pelayaran.

kfc

Sukan perahu layar adalah di antara sukan yang melibatkan kos yang tinggi. Malah sukan pelayaran ini suatu ketika dahulu begitu ekslusif dan sering dikaitkan dengan kelab-kelab pelayaran mewah yang dianggotai oleh golongan kaya dan elit semata-mata. Ini menyebabkan hanya segelintir anak Melayu dan yang kurang berkemampuan berpeluang untuk menceburi aktiviti sukan yang cukup menarik ini.

Satu lagi sebab utama JCorp memilih pelayaran sebagai sukan strategik untuk disertai oleh penduduk setempat ialah hubungkait rapat sukan ini dengan sejarah budaya Melayu yang malangnya telah banyak dilupakan dan dikesampingkan oleh kederasan arus pemodenan. Catatan sejarah telah memberitahu kita bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang cukup handal dalam ilmu pelayaran dan terkenal dengan pelayar-pelayar di zaman silam yang berani dan sanggup mengharung lautan, menempuh ribut dan badai, menjelajah dan menerokai pelusuk nusantara dan benua di dunia, sehingga ke benua Afrika dan lainnya.

MINDA BISTARI #2 - AQABAH LAMBANG BANDAR ISLAMIK

Posted On September 17, 2009

(Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro, 17 September 2009 di bawah tajuk “Aqabah Lambang Bandar Islamik”)

mppg-1977-2009

Alhamdulillah, saya serta seluruh rakan seperjuangan di JCorp bersyukur di atas peluang istimewa, serta amanah dan kepercayaan yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Johor kepada JCorp dalam membina serta mentadbir Pasir Gudang sebegitu lama. Sejarah pembangunan Pasir Gudang begitu rapat dan telah sebati dengan sejarah pembangunan JCorp itu sendiri. Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pasir Gudang yang pertama serta pengasasnya ialah Allah yarham Tan Sri Haji Basir Ismail, Ketua Eksekutif pertama JCorp. Saya sendiri telah diberi kepercayaan menjalankan tugas selaku Yang Dipertua, PBT Pasir Gudang daripada Januari 1982 hingga Julai 2008.

picture1

Pengurusan bandar Pasir Gudang sangat unik, kerana ia telah diurus dan ditadbirkan selama ini di bawah JCorp sebagai sebuah agensi yang bukan arus utama pentadbiran kerajaan. Yang lebih menarik perhatian ialah hakikat bahawa banyak unsur-unsur pengurusannya telah menerima pakai amalan bisnes dan korporat JCorp, yang memberi MPPG kelebihan besar dalam membina kecekapan dan keberkesanan penyampaian khidmatnya kepada semua yang berurusan dengannya.

Dalam mengurus MPPG selama lebih tiga dekad, JCorp telah juga memanjangkan budaya dan nilai-nilai korporat yang diamalkannya selama ini. Semangat ”Jihad Bisnes” amalan JCorp, misalnya, telah turut juga diperkenalkan di MPPG dan diterjemahkan ke dalam banyak aspek pembangunan komuniti berlandaskan Islam, dan cuba dizahirkan dalam perancangan dan pembangunan fisikal MPPG, termasuk dalam pembinaan Menara Aqabah.

CATUR BISTARI CHALLENGE

Posted On September 11, 2009

catur-bistari-challenge-2

MINDA BISTARI #1 - BISNES CARA ISLAM MANFAATKAN SEMUA

Posted On September 10, 2009

(Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro, 10 September 2009 di bawah tajuk “Bisnes Cara Islam Rahmat untuk Semua”)

Bulan Ramadan al Mubarak yang mulia ini menggalakkan umat Islam, dan juga syarikat, organisasi bisnes, badan korporat serta GLC yang diterajui dan dianggotai oleh Muslim, bersadakah, menderma, menginfak dan berjariah. Justeru, kita lihat syarikat dan badan-badan korporat berebut-rebut mengambil kesempatan mendapat ganjaran berlipat ganda, selalunya dengan menyampaikan cek-cek bersaiz besar.

Alhamdulillah, semakin ramai kita lihat ahli bisnes dan sektor korporat yang secara ikhlas dan bermurah hati menderma dan bersadakah. Tujuannya ialah untuk membantu anggota masyarakat yang daif dan yang memerlukan, termasuk mereka yang ditimpa bencana, yang menderita oleh penyakit luar biasa, yang ditimpa kemalangan dan seumpamanya.

Semua ini dilakukan oleh bisnes dan korporat dalam usaha menjayakan Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) mereka. Kini, CSR semakin dipandang serius oleh syarikat dan korporat.

Sebenarnya, manfaat dari langkah amal kebajikan melalui CSR ini akan turut melimpah kepada umat Islam amnya dan kepada agama Islam itu sendiri. Jelas sekali bahawa segala sumbangan ikhlas CSR sekaligus meninggikan imej dan nama baik Islam, terutama di kalangan bukan Muslim. Ini sangat penting kerana imej Islam di mata dunia telah terjejas teruk. Hari ini Islam dipandang rendah dan negatif oleh ramai bukan Muslim khasnya, apabila umatnya kelihatan terlibat dengan keganasan, pembunuhan dan konflik.

Jelas sekali bahawa CSR seperti ini harus diperhebatkan. Kebetulan pula syarikat dan bisnes besar-besaran, termasuk GLC dan korporat gergasi, mempunyai keupayaan istimewa dalam melakukan amal kebajikan secara besaran seperti ini.