"CORPORATE WAQAF FOR BUSINESS JIHAD"                                                                        "WAQAF KORPORAT UNTUK JIHAD BISNES"                                                                         "BUSINESS JIHAD - A JIHAD OF PEACE AND PROSPERITY THROUGH BUSINESS"
 

MINDA BISTARI #8 - KORPORAT BUKAN KEPARAT

Posted On October 29, 2009

(Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 29 Oktober 2009 dengan beberapa pindaan oleh editor)

Saya sangat mengalu-alukan peluang berinteraksi dengan para pelajar, sama ada di peringkat IPT mahu pun sekolah kerana para pelajar merupakan generasi masa depan yang mempunyai banyak peluang, kesempatan dan potensi untuk membawa pembaharuan terhadap masa depan bangsa dan negara. Dari kalangan mereka akan bangkit negarawan dan usahawan terbilang yang mampu menerajui kepimpinan negara di bidang politik, sosial, ekonomi termasuk bisnes.

Bisnes memberi kita peluang seluas-luasnya untuk menjadi kaya-raya. Tidak dinamakan ahli bisnes berjaya andainya tidak mencapai kemewahan hidup dan tidak dapat menghimpun harta kekayaan untuk hidup senang. Namun bisnes cuma untuk memburu kekayaan peribadi semata-mata tidak harus dijadikan matlamat hidup. Inilah yang sering saya tekankan dalam setiap ceramah saya kepada para pelajar.

Malangnya hari ini banyak sekali kelihatan ahli bisnes yang menghalalkan segala cara, rakus dan serakah, sekaligus menghalalkan yang haram, justeru mengakibatkan ramai remaja Islam manjauhi bisnes! Penipuan, rasuah, eksploitasi, merampas hak orang lain, berleluasa sekali. Lebih membimbangkan apabila ada yang turut menindas dan mengeksploitasi. Ada juga yang sanggup merampas hak generasi masa depan, misalnya dengan cara bisnes yang merosakkan alam sekitar, membunuh makhluk ciptaan Tuhan, meruntuhkan bukit, memusnah hutan, membunuh hidupan sungai dan laut sehingga memberi kesan kepada keseimbangan ekosistem dan iklim sekalipun.

Semua ini semakin kerap terjadi. Semakin berkembang bisnes, semakin besar kerosakan yang dibawa sehingga tidak lagi layak digelar korporat tetapi keparat!

MINDA BISTARI #7 - REZEKI SECUPAK BOLEH JADI SEGANTANG!

Posted On October 21, 2009

(Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 22 Oktober 2009 dengan beberapa pindaan oleh editor di bawah tajuk “Secupak Jadi Segantang”)

Sebagai sebuah organisasi korporat amanah, Johor Corporation telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran sekaligus mencorakkan imej dan hala tuju Johor Corporation pada hari ini. Kesemua cabaran dan rintangan yang dihadapi telah ditangani dengan penuh berhikmah melalui strategi kreatif yang membolehkannya berdiri tegap sehingga kini. Semuanya dilaksanakan demi menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan tanpa sedikitpun dibenarkan kepentingan peribadi yang sempit dan serong meresap di dalam organisasi ini.

Johor Corporation telah membuktikan kegigihan barisan Intrapreneur (atau ‘Entrepreneur Amanah’) handalannya yang sanggup berjihad menerusi bisnes demi memajukan usaha walaupun mereka sebenarnya tidak memiliki satu sen pun saham dalam syarikat yang diterajuinya. Pengorbanan mereka akhirnya dibayar oleh kejayaan membawa beberapa syarikat dalam Kumpulan Johor Corporation mencipta nama sehingga ke peringkat serantau dan alhamdulillah, ada yang sampai ke tahap global sekalipun.

Saya sering memberikan contoh bagaimana kejayaan Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakir menerajui KPJ Healthcare Berhad sehingga menjadi peneraju pasaran kesihatan pakar di Malaysia. Bermula dengan hanya sebuah hospital pada tahun 1980, kini KPJ Healthcare Berhad memiliki dan mengurus rangkaian 26 buah hospital pakar di Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Arab Saudi dengan khidmat lebih daripada 600 orang doktor pakar. Nilai jualan bisnes ini kini melebihi satu bilion ringgit setahun.

JCORP’S BUSINESS JIHAD JOURNEY:
MILESTONES ON THE CORPORATE WAQAF ROUTE

Posted On October 19, 2009

5-steps-2

MINDA BISTARI #6 - SIAPA KATA KETAM BERJALAN TIDAK BETUL?

Posted On October 18, 2009

(Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 15 Oktober 2009 dengan beberapa pindaan oleh editor di bawah tajuk “Ketam Berjalan Betul”)

ketam1

Jika diperhatikan penglibatan remaja Melayu dan Muslim dalam bisnes begitu sedikit akibat daripada ceteknya budaya bisnes sebagai pengalaman hidup. Mungkin juga terdapat halangan minda dan persepsi yang melemahkan semangat dan membuatkan kita kurang berminat untuk menceburi bisnes.

Mungkin ramai yang akan mengeluh, setidak-tidaknya dalam hati mereka, â€Bagaimana ingin cepat kaya dan berjaya tanpa menipu atau memutar belit?â€

Terdapat banyak contoh mereka yang kaya-raya dan hidup mewah setelah terlibat dalam aktiviti bisnes (atau cara lain seperti politik) yang dilakukan dengan cara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Penyelewengan, penipuan, rasuah, salahguna kuasa dan kedudukan serta bersekongkol dengan jenayah bisnes secara berleluasa banyak menyumbang kepada pembentukan persepsi ini.

Kesannya, ramai yang hilang keyakinan bahawa sebenarnya ahli bisnes Melayu dan Muslim boleh berjaya dan kaya andainya berbisnes bersungguh-sungguh, berjimat cermat, berusaha gigih dengan penuh dedikasi, jujur dan amanah. Orang Melayu telah menjadi terlalu sinis sehingga hilang keyakinan terhadap cara berbisnes mereka yang terlibat. Jika ada usaha untuk menggalakkan cara berbisnes dengan jujur dan amanah, ianya hanya mengundang cemuhan dan diumpamakan seperti ’ibu ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul!’

MINDA BISTARI #5 - “CATUR BISTARI” BUKAN MONOPOLI

Posted On October 8, 2009

(Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 8 Oktober 2009 dengan tajuk “Falsafah Catur Bistari”)
picture1

Peranan bisnes begitu penting sehingga digariskan di dalam al Quran hukum-hakam dan larangan yang jelas seperti mengurangkan timbang dan sukat, menipu dan memutar belit sebagai larangan besar yang ditegah dalam Islam. Malah Islam lebih manggalakkan umatnya berniaga, berjual-beli dan berbisnes daripada menggunakan wang sebagai modal untuk menghimpun riba’, terlibat dalam perjudian, atau daripada umatnya menjadi fakir dan meminta-minta. Satu hadis besar jelas menyatakan bahawa kefakiran boleh membawa kepada kekufuran!

Namun, sekalipun sangat pro-bisnes, Islam juga sangat tegas dengan sikap anti monopoli! Menghimpun dan membolot harta kekayaan dengan tujuan rakus dan tamak, kemudian menggunakan harta kekayaan untuk menghalang, menekan, menindas dan mengkesampingkan orang lain bukanlah cara Islam.

Inilah antara sebab utama Johor Corporation mencipta dan memperkenalkan permainan bisnes bernama â€Catur Bistari†baru-baru ini, yang sedang menanti untuk dipatenkan. Catur Bistari mengajak remaja Muslim (dan bukan Muslim) membudayakan bisnes dan memburu kekayaan, tetapi bukan menerusi cara yang rakus, tamak, monopoli dan mengaut semua.

MINDA BISTARI #4 - KITA BAGAI KATAK SEDANG DIREBUS

Posted On October 1, 2009

(Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro, 1 Oktober 2009 dengan sedikit penambahbaikan oleh pihak editor)

katak1

Hari ini kita saksikan semakin ramai manusia di seluruh pelusuk dunia yang tidak senang dan bersikap marah terhadap dunia Barat dan sistem kapitalis bawaannya, yang dianggap terlampau memihak kepada yang kaya, tidak adil dan kerap menunjukkan ciri-ciri memeras dan menindas orang lain.

Namun kemarahan dan kebencian umat Islam ini juga adalah sesuatu yang kompleks. Mengapa ianya masih berlaku walaupun setelah begitu lama umat Islam bebas dan merdeka? Tidakkah ianya berlaku kerana ramai yang bencikan keadaan di mana mereka semakin hilang punca, hilang identiti dan jatidiri? Tidakkah kemarahan dan kebencian ini juga mencerminkan kemiskinan dan kedaifan hidup sebahagian besar umat? Tidakkah umat Islam marah kerana minda, jiwa, hati, sanubari dan pemikiran mereka walhal iman di dada sekalipun, semakin terancam oleh pengaruh Barat yang kian meresap dan menular ke dalam semua masyarakat Muslim?

Penjajahan kali ini boleh menjadikan mereka menjadi seperti katak-katak yang selesa - leka dan khayal dibuai impian, tetapi sebenarnya ketandusan daya dan upaya, kerdil jiwa dan kehilangan jatidiri - hingga akhirnya mati direbus hidup-hidup!