Posted On November 26, 2009
| (Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 26 November 2009 di bawah tajuk “Baru Tumbuh Gigi Dah Nak Berniaga…”) |
|
Timang tinggi-tinggi
Jangan sampai jatuh tangga
Baru tumbuh gigi
Dah pandai nak berniaga!
Bisnes yang dahulunya begitu asing bagi masyarakat Melayu tidak lagi boleh kita biarkan berpanjangan. Penguasaan bidang ekonomi menuntut bangsa Melayu memburu manfaat bisnes agar dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara. Hadis yang menekankan bahawa ”Sembilan per sepuluh sumber rezeki berpunca daripada bisnes (perniagaan)” seharusnya mengingatkan kita bahawa Islam sendiri amat menekankan penglibatan umatnya dalam bidang ini. Tegasnya, kejayaan membudayakan bisnes dan membisneskan budaya merupakan antara pra-syarat sebelum umat Islam berjaya menjadi ”khaira ummah’ atau umat terbaik dan sebelum mereka mencapai taraf khalifah di muka bumi seperti yang dituntut dan dijanjikan oleh agama mereka.
Di sinilah peranan dan tanggungjawab utama kita dalam menyedia dan melengkapkan barisan belia Melayu Malaysia menerajui kepimpinan masa depan bangsa dan negara. Generasi muda dilihat sebagai golongan yang bersikap terbuka. Mereka masih boleh dilentur dan dicorakkan. Pokok pangkalnya adalah acuan mana yang hendak digunakan. Kita seharusnya malu apabila sebilangan anak muda hari ini terlibat dengan gejala yang tidak berfaedah menjadikan kehidupan mereka sia-sia dan tidak menyumbang kepada pembangunan negara malah membebankan pula! Statistik penyalahgunaan dadah, rempit, bohsia dan sebagainya dijuarai oleh bangsa Melayu. Inilah yang membimbangkan.
Read More » |
No Comments »
Posted On November 18, 2009
| (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro, 19 November 2009 dengan beberapa pindaan oleh pihak editor) |
|
Di zaman sebelum merdeka, Melayu banyak mengalami kemerosotan hakmilik tanah pusaka warisan turun-temurun. Generasi demi generasi, kebun dan sawah bendang semakin mengecil saiznya. Ia berlaku apabila generasi yang mewarisi harta dan tanah gagal berusaha untuk menambah nilai harta pusaka tersebut. Apabila sampai ke tangan cucu-cicitnya, tanah pusaka tersebut menjadi terlalu kecil dan tidak lagi ekonomik untuk diusahakan sehingga diumpamakan sebagai ”sekangkang kera”.
Hari ini semakin ramai Melayu memegang harta biarpun jumlahnya masih kecil. Selain hartanah, semakin ramai berhijrah ke bandar, menjadi usahawan, peniaga, ahli bisnes dan korporat melabur dalam pelaburan saham dan unit saham amanah. Sekiranya fenomena ”sekangkang kera” seperti dahulu berterusan, lebih-lebih lagi dengan kerapnya peristiwa usahawan dan ahli bisnes berkahwin dan bercerai, beristeri lebih daripada satu dan kadang kala langsung ”bermisteri” (andainya pernikahan yang lebih dari satu tidak diketahui isteri pertama dan sahabat handainya sendiri), tidak mustahil saham dan pelaburan akan turut mengecil, sehingga satu hari nanti mungkin menjadi ”sekangkang semut” pula!
Sebenarnya isu ini perlu diberi perhatian sekalipun usahawan atau jutawan terlibat tidak beristeri lebih daripada satu, tidak ”bermisteri” dan menjalankan hidup biasa seperti kebanyakan orang. Hakikatnya, sehebat dan sehandal mana sekalipun seorang usahawan atau jutawan, pasti akan menghadapi maut. Kemudian bermulalah kemerosotan harta pusaka sehingga menjadi sekangkang kera atau sekangkang semut andai pewarisnya tidak mempunyai kemampuan untuk meneruskan kesinambungan bisnesnya dan menambah nilai harta tersebut.
Read More » |
1 Comment »
Posted On November 12, 2009
| (Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 12 November 2009 dengan beberapa pindaan oleh editor) |
|

Seorang penulis China berketurunan Taiwan, Chin-Ning Chu menulis dalam bukunya ”The Asian mind game” dan membandingkan kaedah berbisnes yang membezakan antara pilihan orang Cina berbanding dengan pilihan Jepun. Hakikatnya, perbezaan besar pilihan tersebut terbit daripada latarbelakang budaya dan pegangan hidup yang berbeza antara orang Cina dan Jepun.
Chu menggambarkan perbezaan ini menerusi kenyataan ringkas beliau: ”Seorang Cina kelihatan seperti seekor naga, tiga orang Cina dilihat berperilaku seperti tiga ekor babi. Seorang Jepun kelihatan seperti seekor babi, sementara tiga orang Jepun dilihat berperilaku seperti seekor naga.”
Sistem ekonomi global yang didominasi oleh gergasi korporat multinasional (Multinational Corporation) atau MNC, menuntut Malaysia serta negara Islam membina ekonomi berlandaskan bisnes dengan dua pilihan strategi organisasi tersebut.
Read More » |
3 Comments »
Posted On November 4, 2009
| (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 5 November 2009.) |
|
Umat Islam kini berhadapan isu dan cabaran yang besar dan hebat. Tumpuan untuk menangani ancaman kepada ’survival’ bangsa dan persoalan ’hidup-mati’ yang menggugat umat dan mengancam kebenaran dan kesucian Islam berlaku dalam negeri, negara malah di peringkat global.
Dalam hal ini kita tidak boleh lagi terima keadaan orang yang kecil minda dan kerdil jiwa daripada terus menentukan perjalanan masyarakat dan bangsa. Orang yang kecil minda dan kerdil jiwa ini termasuk mereka yang hanya melihat isu dari perspektif kepentingan diri serta takutkan kehilangan jawatan dan pangkat.
Orang seperti ini juga tidak akan berubah sikap dan pendirian untuk menyesuaikan diri dengan suasana, persekitaran dan iklim kehidupan yang telah jauh berubah dan semakin rancak pembaharuannya.
Andai golongan ini dibiar menerajui suasana dan diizinkan berleluasa, malang sungguh nasib kita. Daripada kalangan golongan ini terdapat mereka yang sebenarnya tidak berupaya berhadapan dengan hakikat dan kenyataan. Mereka masih senang kekal dan selesa dengan rentak pasang surut kehidupan lama, sedangkan yang mendatang hari ini ialah tsunami yang mengancam yang boleh memusnahkan semua. Golongan ini boleh diibaratkan dinosaur.
Read More » |
2 Comments »