Posted On December 31, 2009
| (Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 31 Disember 2009 dengan beberapa pindaan oleh editor) |
|
Kali ini saya ingin berkongsi dua kisah menarik mengenai cara alternatif bagaimana peniaga kecil yang baru hendak berniaga boleh dibantu menerusi kemudahan Waqaf Dana Niaga yang disediakan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) di bawah kelolaan Johor Corporation (JCorp) menerusi program wakaf korporatnya. Walau pun program ini masih di peringkat awal, prestasinya sejauh ini menjanjikan prospek yang amat cerah.
Pertama adalah mengenai puan Norziah, seorang ibu tunggal berusia 44 tahun dari Pasir Gudang, Johor. Kehidupannya begitu terhimpit setelah ditinggalkan suaminya kira-kira 10 tahun yang lalu. Kerana minatnya terhadap bisnes dan demi menyara 10 orang anaknya, beliau nekad berdikari dengan menjalankan bisnes secara kecil-kecilan.
Namun kerana kekurangan modal dan perlukan wang untuk persekolahan anak-anaknya, beliau pada mulanya terperangkap dengan pinjaman Ah Long. Hidupnya diburu hutang Ah Long dan lebih perit apabila bekas suami pula sering mengganggunya.
Cerita kedua mengenai seorang lagi ibu tunggal berusia 43 tahun. puan Zulina sebelum ini mengambil upah menjahit dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan demi menyara 5 orang anaknya yang masih bersekolah. Kegigihannya mendorong beliau sentiasa berusaha untuk mencari peluang menambah pendapatan demi keselesaan hidup keluarganya. Berbekalkan sedikit simpanan, beliau mula berjinak-jinak menjalankan bisnes secara kecil-kecilan.
Read More » |
7 Comments »
Posted On December 24, 2009
| (Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 24 Disember 2009) |
|
Kira-kira dua minggu lalu, melalui blog Businessjihad.com saya menerima maklumbalas daripada seorang wanita yang ingin mendapatkan pandangan dan mengharapkan suntikan semangat untuk menguatkan hasratnya menceburi bidang perniagaan. Beliau berusia 29 tahun dan kini bekerja di sebuah syarikat makanan dengan pendapatan tahunan sekitar RM50,000 dan seharusnya selesa dengan kedudukan ini.
Walaupun dalam keadaan selesa, beliau memberanikan diri menghantar surat peletakan jawatan di syarikat tersebut dan nekad menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa bermula awal tahun 2010. Antara sebab beliau berbuat demikian kerana beliau benar-benar yakin bahawa hidup beliau akan lebih bermakna dan menjanjikan keupayaan untuk berdikari. Lebih penting baginya ialah kesedaran bahawa menerusi bisnes beliau yakin dapat mengisi kehidupan dengan erti perjuangan, andainya beliau benar-benar dapat menterjemahkan perniagaan beliau ke jalan jihad bisnes.
Sebenarnya tujuan saya berkongsi cerita ini adalah untuk menjadikannya sebagai dorongan dan semangat kepada beliau dan individu lain yang berhasrat untuk menceburi bisnes. Setelah membaca emel beliau, saya bersyukur kerana beliau sebagai seorang Muslim telah mengambil keputusan nekad, berani dan komited dalam menjayakan bisnes. Tambahan dalam keadaannya sebagai seorang ibu yang mempunyai tanggungjawab besar kepada keluarganya. Syabas dan tahniah kepada beliau atas langkah berani yang telah diambilnya.
Read More » |
6 Comments »
Posted On December 17, 2009
| (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 17 Disember 2009 dengan beberapa pindaan oleh editor) |
|

Pada 4 Disember 2009, Johor Corporation (JCorp) menandatangani Perjanjian Persefahaman atau Agreement of Understanding (AOU) bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). JCorp diwakili saya bersama Kamaruzzaman Abu Kassim, Naib Presiden Kanan JCorp sementara MAIJ diwakili Dato’ Zainal Abidin Osman, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abdul Rahman Jaafar, Pengarah Jabatan Agama Johor serta Dato’ Tahrir Shamsudin, Mufti Negeri Johor.
Perjanjian ini mempunyai implikasi besar kepada masa depan JCorp sebagai badan korporat serta perjuangan menjayakan Jihad Bisnes untuk kepentingan bangsa, negara dan umat Islam. Ia memungkinkan JCorp terus-menerus mewakafkan saham syarikat miliknya mengikut kaedah yang diiktiraf sebagai ”Waqaf Korporat”. Ciri utama yang membezakan Waqaf Korporat dengan wakaf harta, wang dan saham seperti yang biasa diamalkan selama ini terletak pada kaedah pengurusan harta, iaitu saham syarikat JCorp yang diwakafkan.
Read More » |
1 Comment »
Posted On December 10, 2009
| (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 10 Disember 2009 dengan beberapa pindaan oleh editor) |
|
Dalam kunjungan ke Kuwait sekitar hujung tahun 1990an, saya diraikan dalam satu majlis makan tengah hari anjuran sebuah badan korporat ternama Kuwait. Di situ saya bertemu dengan seorang tetamu berketurunan Jerman yang memeluk Islam beberapa tahun sebelumnya.
Dalam perbualan kami, beliau telah ditanya bagaimana dan kenapa beliau memilih Islam sebagai pegangan hidup. Jawapan diberikan cukup memeranjatkan. Dengan nada tegas dan serius beliau menjawab: ”Bukan kerana umat Islam!” (”Not because of the Muslims!”).
Sebagai seorang bekas duta Jerman yang telah berkhidmat di seluruh dunia (termasuk di beberapa negara Islam), beliau berpeluang berinteraksi dengan ramai orang tanpa mengira bangsa, kedudukan ekonomi, latarbelakang budaya dan agama yang berlainan. Kata beliau, jika dilihat kepada kehidupan rata-rata umat Islam yang miskin, daif, rendah budaya dan akhlak, cetek ilmu, kotor dan tidak teratur, tidak akan terlintas di hati beliau untuk memeluk Islam.
Read More » |
5 Comments »
Posted On December 3, 2009
| (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 3 Disember 2009) |
|
Baru-baru ini saya diundang menyampaikan ceramah di International Conference on Quality, Productivity and Performance Measurement 2009 (ICQPPM’09) anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Hotel Palm Garden, IOI Resort, Putrajaya. Simposium Antarabangsa Mengenai Kualiti Pengurusan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Kesempatan tersebut telah saya ambil untuk menyampaikan ceramah berkaitan Jihad Bisnes.
Namun kali ini fokusnya ialah bagaimana Jihad Bisnes dan Waqaf Korporat dapat dijadikan strategi untuk mengelakkan sistem ekonomi negara daripada terlalu didominasi oleh nilai tamak dan rakus kapitalis yang terlampau individualistik seperti yang disaksikan berlaku berleluasa di negara barat.
Dalam sesi soal jawab di akhir ceramah, seorang perserta telah membangkitkan rasa bimbangnya terhadap saranan supaya GLC diketengahkan dan dijadikan instrumen utama pembaharuan sistem. Beliau takut andainya GLC perkasa akan mengenepikan langsung peniaga kecil dan merampas peluang untuk mereka.
Read More » |
5 Comments »