Posted On March 25, 2010
| (Artikel ini merupakan artikel asal yang telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 25 Mac 2010 di bawah tajuk “Modal Bukan Prasyarat Mutlak” dengan beberapa pindaan oleh pihak editor) |
|
Sejak lebih setahun lalu Johor Corporation (JCorp) telah menggerakkan usaha mendekati pelajar melalui program Seminar Gerak Usahawan Siswa / Pelajar di sekolah dan IPT seluruh negara. Ia untuk menanam minat berniaga dan menggalakkan lebih ramai pelajar dan graduan, khasnya Melayu, Muslim dan Bumiputera memilih keusahawanan dan bisnes sebagai kerjaya pilihan.
Sepanjang 2009, lebih 15,000 pelajar dan mahasiswa dari 36 buah IPT dan sekolah telah menyertai program ini yang dianjurkan Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), dengan kerjasama pihak sekolah, IPT dan agensi berkaitan di bawah tajaan KFC Holdings (Malaysia) Bhd, iaitu syarikat dalam Kumpulan JCorp. Melalui program ini, saya dan rakan daripada JCorp termasuk Pengarah Urusan KFC Holdings (Malaysia) Bhd, Jamaludin Md Ali, serta beberapa orang usahawan yang juga ahli Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menemui pelajar untuk berkongsi pengalaman, membuka peluang kepada mereka mendekati usahawan berjaya yang boleh dicontohi, berdialog dan berinteraksi secara langsung.
Dalam sesi interaksi dan dialog di akhir seminar, antara soalan yang paling kerap diajukan adalah bagaimana cara untuk memulakan dan menjayakan bisnes sedangkan mereka tidak memiliki modal. Justeru, pelajar lebih mengharapkan organisasi seperti JCorp atau badan Kerajaan menyediakan bantuan modal kepada graduan bagi memulakan bisnes. Pada persepsi mereka, modal adalah faktor kejayaan utama (critical success factor) berbanding lain.
Read More » |
2 Comments »
Posted On March 18, 2010
| (Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro, 18 Mac 2010 dengan beberapa pindaan oleh pihak editor) |
|

Minggu lalu rakan sekerja saya, Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad (KPJ), Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir, menerima anugerah berprestij ”Malaysia’s CEO of the Year 2009” yang disampaikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak. Bagi pihak semua rakan seperjuangan di Johor Corporation (JCorp) dan syarikat dalam Kumpulannya, saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas penerimaan anugerah berkenaan.
Saya percaya anugerah ini merupakan satu kejayaan dan pengiktirafan hebat untuk beliau. Lebih hebat apabila beliau adalah CEO wanita pertama menerima anugerah ini sejak tempoh 14 tahun diperkenalkan dan menewaskan 118 orang CEO lain daripada 16 industri berbeza.
Read More » |
No Comments »
Posted On March 11, 2010
| (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 11 Mac 2010 dengan beberapa pindaan oleh pihak editor di bawah tajuk “Lahir Mutawwif Profesional”) |
|

Baru-baru ini Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasanya (EGM) bertempat di Persada Johor, Johor Bahru bertujuan meluluskan usul pelantikan auditor baru WANCorp. Ia dihadiri oleh semua Ahli Lembaga Pengarah WANCorp antaranya Pengarah Jabatan Agama Johor, Hj Abdul Rahman Jaafar, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Dato’ Noh Gadot dan Mufti Negeri Johor, Dato’ Mohd Tahrir Shamsuddin serta lebih daripada 120 orang ahlinya.
Dalam majlis ringkas pada petang itu juga diadakan penyampaian dividen saham syarikat yang diwaqafkan kepada MAIJ. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, sejumlah RM196,826 bersamaan dengan 5 peratus daripada dividen bersih berjumlah RM3.94 juta yang diterima WANCorp daripada saham syarikat yang diwaqafkan diserahkan kepada MAIJ.
Ini merupakan penyempurnaan janji Johor Corporation (JCorp) ketika mewaqafkan sebahagian sahamnya melalui langkah yang dikenali sebagai ”Waqaf Korporat”. Sebagaimana yang dipersetujui dalam hujjah waqaf, 5 peratus daripada dividen saham yang diwaqafkan diserahkan terus kepada MAIJ, 25 peratus bagi tujuan fisabilillah dan baki 70 peratus dilaburkan semula untuk manfaat yang berpanjangan.
Setelah selesai EGM tersebut, satu majlis penyampaian sijil pentauliahan mutawwif kepada 15 orang peserta yang melepasi syarat yang ditetapkan turut diadakan. Inilah yang ingin saya kongsikan dengan pembaca pada kali ini.
Read More » |
No Comments »
Posted On March 10, 2010
| (Expected to be published soon by a leading European newspaper under the heading : “A Malaysian Corporation’s Business Jihad”) |
|

Read More » |
No Comments »
Posted On March 4, 2010
| (Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 4 Februari 2010 di bawah tajuk ” Jihad Kuasai Industri Halal”) |
|
Pada 27 Februari 2010, saya telah diundang untuk menyampaikan ceramah di Seminar Halalan Toyyiban bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Seminar anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini merupakan salah satu pengisian di dalam Kempen 1 Malaysia 1 Halal bertujuan meningkatkan kesedaran dan keprihatinan para pengguna terhadap sijil dan logo halal Malaysia yang dikeluarkan JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri. Ia disertai lebih 300 orang peserta terdiri daripada pegawai kerajaan, pengusaha makanan, hotel, pembekal perkhidmatan halal, jururunding, ahli akademik dan lain-lain yang berkaitan.
Saya memilih untuk menyampaikan kertas kerja bertajuk ”Bisnes Halal Satu Jihad” kerana sedar betapa pentingnya umat Islam dan bangsa Melayu sama-sama terlibat dalam bidang ini. Lebih besar apabila perjuangan untuk menghalalkan keseluruhan sistem ekonomi perlu kita angkat bersama sebagai perjuangan bertaraf jihad demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Sempena sambutan Maulidur Rasul, saya juga telah menarik perhatian peserta Seminar terhadap hakikat betapa bisnes adalah satu sunnah, dengan mengambil contoh Rasulullah SAW sebagai seorang ahli bisnes amanah dan berjaya sebelum menjadi Rasul.
Saya memberikan ayam goreng sebagai contoh. Selama ini kita hanya menitik beratkan isu sama ada ayam ini disembelih dan bagaimana ianya disembelih. Namun kita terlupa dengan aspek-aspek lain seperti dari mana ayam itu datang, bagaimana ia dibela, makanan apa yang diberikan kepadanya, lori untuk mengangkutnya dari ladang (apakah pernah digunakan untuk membawa ternakan seperti khinzir), bekas dan minyak untuk menggorengnya, kebersihan pengendalinya dan sebagainya.
Read More » |
2 Comments »