Posted On April 29, 2010
| (Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 29 April 2010 dengan beberapa pindaan oleh pihak editor di bawah tajuk “Melayu Perlu Budaya Bisnes”) |
|
Minggu lalu saya ke Kota Bahru untuk membentangkan kertas kerja mengenai Jihad Bisnes kepada lebih 1,000 peniaga di Simposium Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam 1 Malaysia anjuran MARA. Dalam pembentangan itu, saya menegaskan bagaimana Melayu dan Muslim harus bangkit berjihad melalui bisnes demi meningkatkan ekonomi ummah.
Setiap kali ke Kota Bahru saya sangat gembira melihat semangat berniaga yang tinggi di kalangan usahawan tempatan dan suasana bisnes yang jauh lebih dinamik berbanding negeri lain, khasnya membabitkan peniaga Melayu dan Muslim. Begitu jelas ramai usahawan PKS di Pantai Timur berjaya membudayakan bisnes.
Semangat berbisnes di kalangan PKS Pantai Timur menjadikan matlamat membudayakan bisnes lebih mudah diterima di semua lapisan termasuk pelajar di bangku sekolah. Alangkah baiknya andai bisnes disebatikan dengan budaya Melayu sehingga tidak lagi kelihatan janggal atau luar biasa bagi remaja dan anak-anak Melayu bercita-cita tinggi menjadi ahli bisnes, korporat dan usahawan berjaya.
Dalam sesi soal-jawab di akhir ceramah, seorang peserta bangun bertanya untuk penjelasan lanjut. Beliau menyatakan konsep “membudayakan bisnes” kerap didengar dan mudah diterima. Namun, saranan supaya masyarakat Melayu “membisneskan budaya” adalah sesuatu yang baru dan memerlukan penjelasan lanjut.
Apakah maksud saranan supaya kita membisneskan budaya?
Read More » |
4 Comments »
Posted On April 22, 2010
| (Artikel ini ialah tulisan asal yang diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 22 April, 2010 dengan beberapa pindaan oleh editor.) |
|
Dalam kehidupan masyarakat Melayu, sudah menjadi kelaziman untuk menggelarkan seorang yang kaya sebagai Haji Bakhil. Watak dari filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee ini begitu sinonim dan sangat dikenali ramai. Kanak-kanak mahu pun dewasa akan mengenali Haji Bakhil sebagai seorang yang sangat kaya namun memiliki sifat bakhil, kedekut dan terlalu berkira dengan apa yang dimilikinya.
Setiap sen dan ringgit yang dimilikinya amat dihargai dan digunakan dengan cermat dan tidak akan dibazirkan dengan sia-sia. Bagaimana pun, gaya hidup seperti ini mudah disalah ertikan oleh masyarakat. Pembawaan watak ini memberi kesan dalam hati ramai kerana filem ini telah dilihat berulang kali sejak kecil sehingga ada yang terbawa-bawa dengan merasa benci dan cemburu pada orang kaya.
Saya yakin niat P Ramlee menonjolkan watak Haji Bakhil ikhlas, iaitu bertujuan mengingatkan orang yang kaya (dalam konteks hari ini melibatkan syarikat, korporat dan GLC yang kaya) supaya tidak lupa diri dan keterlaluan membawa sikap nafsu-nafsi. Kalau tidak mereka, siapa lagi yang berupaya membantu mereka yang memerlukan serta menggunakan wang dan harta untuk membela nasib bangsa, agama dan negara? Siapa lagi yang berupaya mencergaskan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan peluang kerja dan bisnes sekiranya yang kaya tidak berbelanja dan melabur untuk kepentingan bersama?
Namun, watak ini mempunyai kesan negatif ke atas pemikiran masyarakat terhadap orang kaya dan berjaya. Kerana takut dilabelkan Haji Bakhil, mungkin ada yang kaya tidak mahu menunaikan fardhu haji atau jika ia telah haji, maka ia segan pula untuk menambah kekayaan. Lebih buruk lagi andainya ada di kalangan masyarakat yang tebal dengan sikap “segan nak kaya” semata-mata kerana tidak sanggup digelar bakhil. Watak Haji Bakhil begitu berjaya ditonjolkan P Ramlee sehingga ramai yang melabelkan orang kaya itu seolah-olah semuanya bakhil!
Read More » |
5 Comments »
Posted On April 15, 2010
| (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 15 April 2010 dengan beberapa pindaan oleh editor) |
|

Minggu lalu saya diundang ke Seminar Hartanah Nasional 2010 di PWTC, Kuala Lumpur. Seminar bertemakan “Inovasi dan Teknologi Pemangkin Kecemerlangan Industri Hartanah” dianjurkan bersama Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Johor Corporation (JCorp).
Saya menyampaikan ceramah bertajuk “Bisnes hartanah sebagai pemangkin Waqaf Korporat” sesuai dengan pembabitan JCorp dalam mengendali dan memperkenalkan konsep Waqaf Korporat.
Pendekatan wakaf JCorp ini dinamakan Waqaf Korporat kerana perbezaannya dengan kaedah wakaf konvensional yang diuruskan pihak berkuasa agama negeri. Dalam Waqaf Korporat, selain mewakafkan saham syarikat (terutama yang disenarai di pasaran saham), JCorp memegang tanggungjawab mengurus sendiri aset yang diwakafkan menerusi WANCorp kerana tiadanya keupayaan pengurusan korporat di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Namun, wakil MAIJ dilantik menjadi lembaga pengarah WANCorp untuk menentukan kepentingan MAIJ tetap terpelihara.
Saya turut berkongsi perancangan JCorp menjadikan JLand sebagai contoh konsep Waqaf Korporat yang lebih besar impaknya dalam melindungi kepentingan masyarakat dan komuniti. Langkah ini membabitkan pembangunan Bandar Dato’ Onn, sebuah bandar baru di Johor Bahru. Dengan keluasan 1,514 ekar dan nilai pembangunan kasar RM 4 bilion. Insya Allah, Bandar Dato’ Onn akan dibangunkan sebagai bandar wakaf pertama di Malaysia.
Read More » |
No Comments »
Posted On April 8, 2010
| (Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 8 April 2010 dengan beberapa pindaan oleh editor di bawah tajuk “OBJEKTIF AKADEMI JCORP” ) |
|

Baru-baru ini diadakan majlis menandatangani memorandum persetujuan antara Johor Corporation (JCorp) dengan Said Business School, Universiti Oxford di Kuala Lumpur. JCorp diwakili Pengarah Akademi JCorp merangkap Pengarah Urusan Kulim Malaysia Bhd, Haji Ahamad Mohamad sementara Said Business School diwakili Fellow Bersekutunya, Dr Paul Temporal.
Said Business School adalah pusat pengajian bisnes Universiti Oxford, England, bagi pelajar pasca ijazah dan lepasan ijazah dalam bidang bisnes, pengurusan dan kewangan serta menawarkan program pengajian eksekutif.
Ini satu lagi peristiwa bersejarah JCorp. Perjanjian ini menjadi detik permulaan kerjasama jangka panjang JCorp dan Said Business School termasuk beberapa projek pendidikan eksekutif. Ia membolehkan Said Business School menjalankan penyelidikan konsep Jihad Bisnes JCorp termasuk konsep Waqaf Korporat dan pendekatan pembangunan usahawan Intrapreneur yang diamalkan JCorp selama ini. Lebih penting, perjanjian ini bukti konsep Jihad Bisnes dan Waqaf Korporat semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Read More » |
1 Comment »
Posted On April 1, 2010
| (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 1 April 2010 dengan beberapa pindaan kecil oleh pihak editor) |
|

Alhamdulillah, baru-baru ini saya dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang disampaikan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah selaku Canselor UUM di Majlis Konvokesyen Ke-23, UUM, Sintok. Rencana ini adalah sebahagian ucapan saya selepas penerimaan anugerah itu.
Penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan) oleh Universiti Utara Malaysia ini saya sambut dengan rasa terharu dan rendah hati. Dengan penuh kesyukuran dan bangga, saya menerimanya, bukan sahaja bagi pihak saya, malah bagi pihak seluruh rakan seperjuangan di Johor Corporation (JCorp) dan syarikat dalam Kumpulannya. Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga UUM dan tahniah kepada graduan lain yang menerima ijazah masing-masing dalam majlis itu.
Dalam ucapan saya, saya menegaskan betapa bisnes dan daya keusahawanan ahli bisnes harus dijadikan wadah perjuangan demi mengangkat martabat agama, bangsa dan negara. Saya percaya pertimbangan utama anugerah ini adalah atas pencapaian JCorp selama ini dalam bisnes, dan kejayaannya membina daya keusahawanan tinggi di kalangan warga kerjanya, khasnya di kalangan barisan CEO dan pengurus syarikat miliknya.
Read More » |
No Comments »