Posted On May 27, 2010
| (Artikel ini merupakan artikel asal yang telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 27 Mei 2010 dengan beberapa pindaan oleh pihak editor) |
|
Penjajahan abad ke 21 boleh menjelma daripada dua punca utama. Pertama, setelah kita begitu lama dijajah sebelum ini, masih terdapat di kalangan kita yang mewarisi ciri-ciri minda dan pandangan hidup saki-baki peninggalan penjajah. Kedua, penjajahan corak baru akibat bersengkokol kita dengan sistem ekonomi dunia yang diperkenal dan dicorakkan oleh bekas penjajah, atau penerimaan mudah oleh kita terhadap sistem ekonomi sejagat dan budaya yang dibentuk atau dianjur oleh mereka. Inilah yang lebih berbahaya.
Fenomena ini boleh kita ibaratkan seumpama pengalaman hidup gajah sarkas.
Sekalipun secara fitrah gagah perkasa, gajah sarkas cuma perlu diikat dengan tali atau rantai kecil yang mudah sekali diputuskan. Apapun, tidak terlintas di fikiran gajah sarkas untuk membebaskan diri dan merentap sehingga putus rantai kecil itu. Sehinggakan anak-cucu gajah sarkas yang dilahir dan dibesarkan dalam kandang sarkas juga tidak menyedari kekuatan semulajadi yang dimiliki keturunannya.
Tali atau rantai kecil itu menjadi simbol hilangnya kekuatan dan kegagahan gajah serta kebergantungannya kepada kehidupan di bawah tajaan pemilik sarkas. Ia dipaksa menggembirakan hati peminat sarkas kemudian dirantai kembali. Pemilik sarkas pula menghitung untung.
Read More » |
No Comments »
Posted On May 20, 2010
| (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 20 Mei 2010 dengan beberapa pindaan oleh pihak editor) |
|
Kita dikejutkan pengumuman kerugian besar syarikat Sime Darby Bhd. (Sime Darby), yang dijangka mencecah hampir RM2 bilion. Syarikat di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu adalah GLC kedua terbesar dan berperanan sangat strategik dalam ekonomi negara.
Isu kerugian yang dicatat Sime Darby kini hangat diperkatakan. Ramai yang terkejut dan agak kecewa dengan pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi konglomerat tersebut, Tun Musa Hitam kepada media yang menjelaskan bahawa kerugian tersebut berpunca daripada lebihan kos atau keterbabasan perbelanjaan dalam beberapa projek di Bahagian Bisnes Tenaga dan Utilitinya di Qatar dan projek mega Bakun, Sarawak. Lebih memeranjatkan apabila beliau turut mengumumkan bahawa Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby diminta bercuti sehingga tamat kontraknya pada November 2010.
Sebagai sebuah GLC, kesemua rekod pencapaian Sime Darby yang begitu baik sebelum ini rosak dan tercemar dengan isu ini. Ramai di kalangan masyarakat juga langsung menghukum Sime Darby di samping tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku pada GLC kedua terbesar di Malaysia itu.
Mungkin persoalan lebih besar yang menuntut penjelasan ialah sama ada GLC masih boleh diamanah dan diharapkan untuk menerajui dan menjayakan agenda keseimbangan MEB. Tidakkah kelemahan seperti ini mendedahkan kita kepada risiko besar kegagalan seluruh dasar kerajaan akhirnya?
Read More » |
No Comments »
Posted On May 14, 2010
| (Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 14 Mei 2010 dan adalah sambungan kepada artikel Minda Bistari #36 yang diterbitkan di Harian Metro pada 13 Mei 2010) |
|
Jelas sekali keutamaan harus MEB berikan kepada anjuran supaya kerajaan mengkaji semula peranan GLC dalam konteks strategi persaingan negara. Demikian juga perhatian harus diberi kepada memperbaiki hubungan antara pihak pengawal Kerajaan terhadap GLC bagi menjadikan GLC âmarket-drivenâ sepenuhnya dan menjadikannya âentrepreneurial forceâ dalam pasaran. Tegasnya, GLC perlu diwajibkan menambah nilai, berdikari dan berautonomi. Ini telah pun berjaya dilakukan oleh kerajaan dalam konteks beberapa GLC utama Persekutuan (seperti Khazanah, PNB, Felda, Tabung Haji dan seumpamanya) serta GLC negeri seperti Johor Corporation.
Saksikan juga bagaimana GLC Singapura dan China mempunyai peranan strategik dalam percaturan persaingan negara terbabit dalam ekonomi serantau dan global. Di Singapura, Temasek Holdings yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan Singapura menerusi Kementerian Kewangannya mempunyai kedudukan bisnes yang cukup kukuh. Organisasi yang ditubuhkan pada 1975 itu terus kekal sebagai pegangan strategik pelaburan kerajaan Singapura. Jumlah asetnya pada 2008 bernilai lebih SGD 185 bilion, jualan melebihi SGD 83 bilion dan pendapatan bersih lebih SGD 22 bilion. Kehebatannya juga dapat dilihat apabila ia mampu mengambil alih beberapa syarikat dari negara-negara serantau lain dan menerajui beberapa sektor bisnes utama di luar Singapura.
Justeru, pandangan supaya MEB mengenepikan peranan Kerajaan dan GLC wajib ditolak kerana ianya tidak berasas dan tidak menepati realiti amalan antarabangsa hari ini. Sebaliknya GLC wajar menjadi teras utama strategi tindakan afirmatif MEB dalam struktur ekonomi baru Malaysia.
Menerusi MEB, kita perlu mencari satu formula baru yang lebih mantap untuk mengelakkan GLC daripada terlepas pegangan satu hari nanti. Saya berpandangan kita sebenarnya harus bertindak lebih berani jika hendak menjamin GLC dapat dikekalkan berpanjangan untuk manfaat bangsa dan negara. Salah satu cara yang perlu dipertimbangkan ialah waqafkan beberapa GLC terpilih.
Read More » |
No Comments »
Posted On May 13, 2010
| (Bahagian 1 artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 13 Mei 2010 di bawah tajuk ” Jangan Jadi Dinosaur” dan Bahagian 2 diterbitkan pada 14 Mei 2010 di bawah tajuk “Rasional GLC teras MEB” - Sila rujuk Minda Bistari #37) |
|
Saya ingin memetik kata-kata Prof Dr Danny Quah, salah seorang ahli penting Panel Penasihat MEB dalam News Straits Times, 14 April 2010. Beliau menghuraikan pertimbangan asas yang diambil kira dalam merangka MEB. Antara lain, beliau menggariskan 7 pendekatan yang akan membezakan antara MEB dengan pakej dasar serta agenda ekonomi negara sebelum ini. Saya boleh menerima kesemua 6 pembaharuan yang beliau ketengahkan, namun satu daripadanya jelas membawa implikasi besar serta menjejas prinsip perjuangan DEB perlu dipersoal.
Beliau menyatakan ekonomi baru Malaysia harus diterajui sektor swasta dan pertumbuhan yang dipacu pasaran, tidak lagi didominasi oleh pelaburan awam besar melalui GLC dalam beberapa sektor terpilih. (âThe new economy must be private sector-led and market-driven growth, no longer dominated by large public investment through GLCs in selected economic sectorsâ).
Saya sifatkan pandangan beliau menafikan penglibatan kerajaan dan GLC dalam meneruskan sistem dan agenda pembangunan ekonomi. Saya bersetuju sepenuhnya supaya sistem ekonomi dipacu pasaran atau bercorak market-driven sebagai teras kepada keefisienan dan produktiviti untuk memangkinkan kepesatan pertambahan nilai tinggi.
Namun, saya berpandangan peranan Kerajaan dan GLC wajar diteruskan.
Read More » |
No Comments »
Posted On May 6, 2010
| (Artikel ini ialah tulisan asal yang diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 6 Mei, 2010 dengan beberapa pindaan oleh editor di bawah tajuk “Bisnes Sebagai Seni Berperang”) |
|
Minggu lalu saya menonton filem âThe Rising Sunâ dibintangi Sean Connery dan Wesley Snipes. Filem terbabit menarik perhatian saya. Selain membabitkan dua pelakon hebat, konteks ceritanya berdasarkan aktiviti dalam dunia bisnes. Tumpuan filem ialah persaingan sengit korporat gergasi multinasional (MNC) Jepun bagi merebut kontrak besar di Amerika Syarikat sehingga melibatkan jenayah seks, korupsi, salah guna kuasa politik dan pembunuhan. Wesley Snipes berjaya membawa watak pegawai penyiasat polis dan Sean Connery sebagai pakar budaya Jepun yang membantu menterjemah apa yang berlaku supaya tidak tersalah interpretasi kerana konteks budaya Amerika yang jelas jauh berbeza dengan Jepun.
Apa yang hendak saya tonjolkan di sini ialah petikan dialog Sean Connery yang menegaskan âbisnes adalah satu peperanganâ. Inilah tema utama The Rising Sun. Mesej utama yang ingin dibawa menegaskan syarikat multinasional yang bergiat di persada bisnes global benar-benar melihat bisnes sebagai satu peperangan.
Kebetulan beberapa gergasi korporat Jepun mempunyai akar umbi jauh ke dalam sejarah perjuangan bangsa Jepun. Terdapat wira Samurai Jepun yang sengaja memilih menceburi bisnes sebagai perjuangan hidup baru mereka. Sekalipun mereka tidak lagi menggunakan pedang, mereka tetap berbisnes dengan matlamat dan strategi berperang.
Dalam persediaan Jepun membabitkan diri dalam Perang Dunia Kedua, terdapat hubungan korporat zaibatsu Jepun yang berperanan penting membina prasarana serta kekuatan kuasa tentera Jepun. Hubungan rapat jentera korporat Jepun dengan kuasa tenteranya membuatkan Amerika Syarikat yang menang dalam peperangan dan berjaya menewaskan Jepun bertindak merombak zaibatsu, mengharam dan langsung membubarkannya.
Read More » |
6 Comments »