"CORPORATE WAQAF FOR BUSINESS JIHAD"                                                                        "WAQAF KORPORAT UNTUK JIHAD BISNES"                                                                         "BUSINESS JIHAD - A JIHAD OF PEACE AND PROSPERITY THROUGH BUSINESS"
 

MINDA BISTARI #48 - KHALIFAH GANTI SUPERMAN

Posted On July 29, 2010

(Artikel ini diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 29 Julai 2010)

superman02

Organisasi bisnes perlu ketepi superhero Barat dan amal kepimpinan berpasukan untuk kecemerlangan.
Paling penting: Jangan biarkan berakarnya sikap menurut membuta tuli dan ’taat sia-sia’ yang boleh merosakkan kepentingan jangka panjang organisasi.

Andai ditanya kepada anak kecil, nak jadi kuat macam siapa, pasti ramai yang menjawab, ”Superman!”. Anak-anak pasti mengenali Superman sebagai superhero perkasa yang memiliki kuasa hebat dan luar biasa. Terbang melayang di udara, mengangkat kereta, gagah dan kebal, menangkis peluru dan membengkokkan besi, membasmi jenayah dan menyelesaikan segala masalah. Semuanya mudah bagi Superman.

Ajaib bukan? Watak hebat ciptaan Barat begitu menguasai minda anak Melayu sehingga mereka lupa watak superhero bangsa mereka misalnya sama ada mitos seperti Badang dan Hang Tuah berlima saudara, mahu pun Raja Haji, Panglima Salleh dan lain-lain yang terbukti kegagahan mereka dalam sejarah perjuangan Melayu. Namun, Barat berjaya mencipta imej khayalan ini (termasuk superhero lain) sehingga menjadi begitu sinonim dan melekat dalam jiwa Melayu moden. Tambah pelik apabila anak Melayu tetap memilih Superman sebagai idola biarpun ia janggal dengan memakai seluar dalam berwarna merah di luar!

Sesungguhnya, tidak hairan jika terdapat pemimpin organisasi yang berminat mempunyai kelebihan seperti Superman. Banyak masalah boleh selesai. Lebih penting, keupayaan diri yang luar biasa memberi kelebihan dan kuasa penuh pada dirinya. Pemimpin mana yang tidak mahu diberi kuasa penuh, kebebasan bertindak dan tumpuan segala sanjungan dan menjadi tempat pergantungan harapan semua dalam organisasi. Kedudukan istimewa menjadikannya kebal dan sebagai pemimpin organisasi ia tidak terancam atau digugat oleh sesiapa.

MINDA BISTARI #47 - JANGAN BIARKAN RAKUS BERLELUASA

Posted On July 22, 2010

(Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 22 Julai 2010 di bawah tajuk “Jelmaan Manusia Rakus”)

Pendedahan media mengenai berita seorang bapa Melayu berumur 85 tahun menyaman tiga anak lelakinya RM2 juta kerana mengurung dan memaksanya memindahkan hak milik tanah ke atas nama mereka tiga tahun lalu pasti mengejutkan kita.

Dalam bisnes, persengketaan dan konflik juga berlaku akibat sikap tamak, iri hati dan rakus. persaingan sengit semakin meruncingkan keadaan. Sifat ini seperti virus yang mudah menjangkiti masyarakat sehingga mendorong se-seorang menipu, memfitnah, merampas, menyamun serta melakukan segala yang dilarang demi mendapatkan harta kekayaan yang jelas bukan haknya.

Dalam pengalaman Johor Corporation pernah melalui beberapa cabaran seperti ini. Sekalipun barisan kepimpinan dan pengurusan GLC seperti JCorp tegas dengan pendirian untuk meneruskan milik harta awam supaya dikekalkan, misalnya menerusi Waqaf korporat untuk kepentingan jangka panjang masyarakat dan bangsa, terdapat golongan mereka yang tidak ambil peduli. Mereka sanggup melanggar tatasusila peradaban, menolak yang hak dan memburu kebatilan dengan mengenepikan batasan halal dan haram sekalipun. Kebelakangan ini, terdapat tanda-tanda aset dan harta yang telah diwakaf oleh JCorp seklaipun seoah-olah hendak diketepikan dan dimansukh status wakafnya, tidak kira sama ada ini melanggar batasan hukum syarak.

JCORP’S CORPORATE PHILOSOPHY (Juga dalam terjemahan bahasa Melayu)

Posted On July 18, 2010

jcorplogo3

corporate-philosophy

TODAY’S BUSINESS WORLD

Posted On July 17, 2010

ceos-mind

This paper entitled “Today’s Business World” was delivered at the National Conference - CEO’s Mind: “Today’s Talk for Tomorrow’s Walk” on 25 May 2010 organised by College of Business, Universiti Utara Malaysia at ESSET, Bangi.

Click here to download (approximately 5 minutes to complete)

ISLAMIC ENTREPRENEURSHIP

Posted On July 16, 2010

(Following article appeared in a publication on Malaysia for world-wide distribution)

Islamic entrepreneurship gets its footing in the concept of Corporate Waqaf. Waqaf, in Muslim law, is a permanent endowment or trust, customarily of real estate, in which the proceeds are spent for purposes designated by the benefactor – usually on charitable foundations such as schools, hospitals and mosques. Corporate Waqfas are legally recognised community-owned corporations that continue in perpetuity, and profits from waqafs are used solely for reinvestment or to fund community interests in charitable or social causes.

To be such a Muslim entrepreneur, one must also be worthy of being entrusted with amanah – another key concept meaning a transaction in which one party manages another’s funds or property in trust. The term amanah may also describe other financial activities, such as taking deposits.

With these key concepts at its core, Islamic entrepreneurship uses four strategies to underpin its success: instilling the concepts of halal and amanah into business and corporate life; entrusting amanah to “intrapreneurs” (i.e. top entrepreneurs without equity, MBO or stock options); utilizing the Waqaf Coprporation as an organisational strategy; and bringing communities together as stakeholders through adaptation of the waqaf institution.

Islamic entrepreneurship and corporate waqafs share the same goal: to engage in the business of building wealth for all Malaysians, while upholding Islamic principles and bridging social divides.

MINDA BISTARI #46 - SEMANGAT JIHAD UNTUK KECEMERLANGAN BISNES

Posted On July 15, 2010

(Artikel ini diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 15 Julai 2010 di bawah tajuk “3 Usahawan Luar Biasa”)

3-ceos1

Nilai perolehan berjumlah lebih RM 8 bilion, keuntungan sebelum cukai RM 670 juta dan nilai pasaran modal (iaitu nilai saham tersenarai andainya dijual di pasaran saham – satu indikator nilai sesuatu bisnes mengikut persepsi pasaran) lebih RM 10 bilion. Itulah angka dalam laporan kewangan Kumpulan Johor Corporation (JCorp) bagi tahun kewangan 2009 sebagaimana dibentangkan baru-baru ini.

Ketika saya mula menjawat CEO JCorp pada 1982, nilai perolehan JCorp ketika itu hanya RM 150 juta dan keuntungan sebelum cukai RM 35 juta. Selepas 30 tahun, nilainya telah berlipat kali ganda dan JCorp menjadi salah sebuah konglomerat terbesar di negara ini dengan mempunyai lebih 280 buah anak syarikat (7 daripadanya adalah syarikat senaraian awam, PLC di Bursa Malaysia dan satu di London) dan mempunyai hampir 65,000 pekerja. Malah, rangkaian bisnesnya meliputi Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Cambodia, United kingdom, Hong Kong dan India.

Beberapa peneraju dan CEO syarikat strategik JCorp juga berperanan sangat besar. Antara mereka ialah Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakir, Pengarah Urusan KPJ, Ahamad Mohamad, Pengarah Urusan Kulim dan Jamaludin Md Ali, Pengarah Urusan KFCH. Ketiga-tiga ’intrapreneur’ JCorp ini merupakan pemimpin pasaran dalam bisnes masing-masing sehingga membawa ’bendera’ JCorp ke peringkat antarabangsa. Pada saya, mereka adalah antara usahawan terbilang bangsa dan entrepreneur luar biasa (dalam JCorp dipanggil ’intrapreneur’ atau ’entrepreneur amanah’). Justeru, penulisan kali ini difokuskan kepada ketiga-tiga wira handalan ini dan bagaimana mereka membawa nilai tambah kepada kumpulan JCorp sebagaimana dilihat hari ini.

MINDA BISTARI #45 - FITNAH BOLEH MEMUSNAH

Posted On July 8, 2010

(Artikel ini ialah tulisan asal yang diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 8 Julai, 2010)

Minggu lalu, ketika bersama rakan-rakan dari seluruh negara menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17 Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) di Tasik Kenyir, Terengganu, saya terbaca berita membabitkan keputusan kes fitnah ke atas Johor Corporation (JCorp).

Beberapa akhbar nasional melaporkan keputusan mahkamah yang memihak kepada JCorp dan menolak rayuan penulis politik Syed Hussein Al-Attas (Pak Habib) untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2001. Beliau turut diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah RM 1.6 juta kepada JCorp dan saya selaku Ketua Eksekutif JCorp.

Sebenarnya ini bukan kali pertama saya dan JCorp difitnah. Banyak lagi yang berlaku namun tidak berlanjutan secara terbuka sehingga terpaksa dibawa ke mahkamah. Saya percaya tohmahan dan fitnah akan terus dilemparkan terhadap organisasi ini terutamanya dari pihak yang jelas berniat mengenepikan dan menggagalkan cita-cita dan usaha JCorp serta DPIM dalam menjayakan perjuangan menjadikan bisnes sebagai satu jihad dan menjayakan Waqaf Korporat untuk Jihad Bisnes.

Hari ini, di Johor khasnya, semakin kuat didengar seruan agar bisnes dan harta JCorp di’faraidkan’ untuk kepentingan kelompok tertentu. Mereka beralasan bahawa JCorp telah ‘menyeleweng’ daripada matlamat asalnya. Ada juga yang berpandangan, JCorp, sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, telah terlalu pesat membesar dan terlalu ’bebas’. Justeru mereka berpendapat JCorp perlu dibendung, dipasung dan dikawal supaya kembali patuh sepenuhnya kepada segala arahan dan peraturan kerajaan.

MINDA BISTARI #44 - PBT PERLU BERDIKARI - Pengalaman 30 Tahun JCorp Bangunkan Pasir Gudang Menjadi Kawasan Industri Negara

Posted On July 1, 2010

(Artikel ini diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 1 Julai 2010)

Semalam diadakan upacara rasmi Pengisytiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di pekarangan Menara Aqabah, Pasir Gudang. Sebagai organisasi yang pernah diamanahkan kerajaan Johor selama lebih 30 tahun membangunkan Pasir Gudang, saya dan seluruh warga kumpulan Johor Corporation (JCorp) mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga MPPG dan kerajaan Johor di atas pencapaian ini serta kepercayaan yang telah diberikan kepada JCorp.

Masa begitu pantas berlalu. Selama 28 tahun menjadi Yang Dipertua MPPG (Januari 1982 hingga Julai 2008), saya amat bersyukur menyaksikan Pasir Gudang berkembang maju sehingga terkenal ke peringkat antarabangsa serta menjadi tarikan dan ’lubuk emas’ bagi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang agama dan bangsa untuk datang mencari rezeki.

Semua ini tidak berlaku dalam sehari dua. Bermula 1 Julai 1977 hingga 1 September 2009, JCorp menjalankan amanah dan tanggungjawabnya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (kini MPPG) dengan begitu berkesan. Kesuburan ekonomi Pasir Gudang dilihat melalui pembangunan pesat dan kerancakan aktiviti industri sehingga menjadi satu daripada penyumbang utama kepada kekayaan dan kemakmuran Johor serta pusat pertumbuhan industri terbesar di Malaysia hingga hari ini.

Tidak ramai yang tahu betapa MPPG telah diurus tanpa mengikut sepenuhnya kaedah pengurusan konvensional sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sepanjang pentadbirannya, JCorp menerapkan kaedah urus tabdir korporat dan amalan bisnes yang melicinkan perjalanan pengurusan, menjimatkan perbelanjaan di samping mengurangkan pergantungan kepada peruntukan kerajaan.