JCORP’S BUSINESS JIHAD MILESTONES 2009
- Market capitalisation (value of total shares in JCorp’s listed companies) increased at end 2009 by more than 50 percent to exceed RM10 billion for the first time in history
Posted On January 15, 2010



Comments
2 Responses to “JCORP’S BUSINESS JIHAD MILESTONES 2009
- Market capitalisation (value of total shares in JCorp’s listed companies) increased at end 2009 by more than 50 percent to exceed RM10 billion for the first time in history”
Leave a Reply
Please note: Comment moderation is currently enabled so there will be a delay between when you post your comment and when it shows up. Patience is a virtue; there is no need to re-submit your comment.


Assalamualaikum Tan Sri dan rakan-rakan sekelian,
Untuk makluman mesej di atas juga tersebar melalui emel kebelakangan ini. Saya cukup sedih dan tercabar dengan tuduhan sebegini yang saya sifatkan amat melulu dan bermotifkan politik serta kepentingan sempit peribadi.
Saya percaya bahawa tuduhan liar sebegini berpunca daripada ketidakfahaman dan ketidakyakinan mereka yang berada di luar JCorp terhadap keupayaan dan kemampuan JCorp menyempurnakan pembayaran semula hutang tersebut.
Sebagai salah seorang anggota pekerja JCorp, saya berasa cukup bertuah kerana diberikan peluang untuk berkhidmat di organisasi ini. Biarpun pada peringkat awal saya sendiri melihat isu ini sebagai satu isu yang meletakkan JCorp (secara tidak langsung negeri Johor) dalam situasi yang cukup genting dan kritikal kerana nilai RM4 bilion tersebut bukannya sedikit.
Namun setelah melihat keupayaan JCorp menyempurnakan siri pertama dan kedua bon tersebut pada 2007 dan 2009 serta keupayaannya yang lain, saya yakin bahawa JCorp insya Allah akan dapat menyempurnakan amanahnya bagi siri ketiga pada tahun 2012 ini.
Saya yakin bahawa JCorp telah pun bersedia untuk berdepan dengan cabaran ini. Kewibawaan barisan pengurusan JCorp amat meyakinkan. Begitu juga kalangan anggota pekerjanya yang akan terus gigih berjihad bersama JCorp dan saya percaya bahawa kesemuanya akan teguh berdiri mempertahankan organisasi yang unik ini.
Bukan untuk mendabik dada, saya juga yakin bahawa JCorp bukanlah satu liabiliti kepada mana-mana pihak andainya golongan tersebut faham bagaimana JCorp sebenarnya menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya.
Malah dalam keadaan yang dianggap mereka sebagai ‘kritikal’ ini, JCorp masih mampu dan terus menunaikan tanggungjawabnya kepada agama, bangsa dan negara kerana amanah tersebut telah disebatikan dalam diri warganya sejak awal lagi.
Bersama-samalah kita berdoa agar Allah swt membantu kita semua untuk berdepan dengan cabaran ini. Tiada jihad tanpa pengorbanan dan setiap pengorbanan pasti akan ada ganjarannya. Wallahualam.
Mohd Tarmizi Ahmad
Unit Komunikasi Korporat
Johor Corporation
Salam,
Saya amat sedih dengan kenyataan2 seperti ini. Adalah sgt perlu JCorp menguatkan barisan dan menghadapi cabaran ini.
Bak pantun Melayu
Ditenun kain dengan kapas
Bermacam-macam warna ragi
Perahu lilin, layar kertas
Berani ku langgar lautan api!
Kempen Selamatkan Johor Daripada Muflis 2012
http://kentong-suhaizan.blogspot.com/
Mengejutkan! Sebagai salah sebuah negeri yang dianggap maju di Malaysia dengan jumlah pelaburan berbilion setahun, kenyataan di atas mungkin disangka keterlaluan. Tetapi inilah realiti yang harus diterima oleh rakyat johor.
1. Bagaimana Johor boleh muflis?
Antara penyebabnya ialah hutang Johor Corporation (JCorp) yang berjumlah RM 4.032 billion.
2. Apa kaitan JCorp dengan kerajaan Negeri Johor?
JCorp merupakan salah sebuah GLC dalam kerajaan negeri.
3. Bagaimana hutang JCorp boleh menyebabkan Johor muflis?
Pada 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 billion dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam sidang DUN Johor 8 September 2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 adalah RM3.58billion!
4. Bolehkah JCorp membayar hutangnya menjelang 2012?
Keuntungan sebelum cukai JCorp adalah lebih kurang RM600 juta setahun. Diulang “sebelum cukai”. Ini bermakna menjelang 2012 , dijangkakan JCorp hanya akan mampu menyediakan RM1.5 billion bagi menebus bayar bon.
5. Apa implikasi kepada kerajaan negeri?
Sebagai penjamin, kerajaan negeri harus menanggung beban hutang JCorp yang tidak mampu dibayar sebanyak RM2 billion. Kegagalan untuk berbuat demikian, kerajaan negeri boleh diheret ke mahkamah dan diisytiharkan MUFLIS!
6. Bolehkah kerajaan negeri menampung hutang JCorp sebanyak RM2 billion?
Dengan keadaan belanjawan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan) yang dialami oleh kerajaan negeri dan nisbah kecairan tunai yang kecil sekitar RM201.53 juta (tunai RM36.37 juta & pelaburan RM165.16 juta), untuk menampung kos pentadbiran sahaja kerajaan negeri dijangkakan mampu bertahan selama 3 bulan.
Apakah cara atau jalan yang digunakan oleh kerajaan BN Johor bagi menyelamatkan keadaan? Menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik rakyat Johor. Antara hartanah yang dipercayai telah dijual ialah:
1. Menara Pejabat Plaza Kotaraya dijual kepada Iskandar Investment Berhad (IIB)
2. Tapak CIQ Stulang juga dijual kepada IIB
Malah jika anda sering melalui jalan Kota Tinggi - Bandar Tenggara, anda mungkin perasan papan tanda Johor Tenggara Oil Palm (JTOP) telah digantikan dengan papan tanda Tradewind. Apakah ini juga bermakna JTOP juga telah dijual?
Selepas ini apa pula yang akan dijual?
Aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah dan pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN!
Jom kita jayakan Kempen Selamatkan Johor Daripada Muflis 2012 bersama Pemuda PAS Johor untuk menyerahkan kepada Baginta Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.
Agendanya adalah :
1. Perlancaran Kempen
2. Road-Show seluruh daerah
3. Kempen tandatangan seluruh Johor.
4. Tentukan tarikh mengadap Sultan
5. Serah Memorandum Rakyat Johor kepada Baginda Sultan
Tuan-tuan setuju ? Jumpa di sanaaa……