JCORP’S CORPORATE PHILOSOPHY (Juga dalam terjemahan bahasa Melayu)
Posted On July 18, 2010

We are a market-driven multi-business corporate organisation comprising of member enterprises whose raison d’etre is to create value and generate wealth through entrepreneurial effort.
As a Group, we aspire to become one of Malaysia’s leading corporate contributors to national economic growth and prosperity. This is to be achieved principally through growing strategic businesses that can enhance Malaysia’s competitive position in the increasingly globalised market, as well as meeting with the continuous expansion in demand for quality products and services.
Additionally, through a clearly defined Intrapreneuring Program, we strive to also release entrepreneurial energies, harness creativity and innovation from among talented individuals, enabling them to establish and build businesses that can similarly create entrepreneurial career opportunities for those involved and to support our corporate growth as well. This Intrapreneuring Program is fully market-driven and is structured on venture capital format.
Collectively, over time, we aspire to build JCorp into a Community of Enterprises in more than one sense of the word. In the long run,we also aim to add value to Malaysia’s social capital so critical for national cohesion and continued political stability and integrity.
In this effort we are therefore pioneering an institutional corporate concept that combines the pursuit for profits and cash flow and the accumulation of assets and wealth on the one hand, with the realisation of Malaysia’s broader national aspirations and equity agenda on the other.
Most of all, we believe all these can be achieved through corporate means and strictly business-driven methods.
We are therefore above all :
1 Â A corporate organisation spawning member enterprises that create and add value and are result-oriented, yet people-focused,maximising opportunities for all levels of its people to express their entrepreneurial energies and business creativity.
2 Â An entrepreneurial business organisation that promises a business and corporate career opportunity for talented individuals to rise to his/her highest performance level, to be matched by the pace and scope of business growth of each of its member enterprise.
3  A Community of Enterprises that respect the deeper social values that binds the organisation to its roots within the larger Malaysian community. We fully recognise that these values need to be integrated and synthesised into JCorp’s corporate life before the powerful motivational driving force inherent within these values can be harnessed to get maximum results from its people.
4 Â A values-driven business entity peopled largely by Malaysians of the Islamic faith that takes upon itself the exciting challenge of successfully integrating the fundamentals of Islamic values into corporate practice. The formidable task before JCorp is to adapt and synthesise these values to ensure business relevance, yet sustain their integrity and meaning. The exercise will expose the Group to the extreme test of maintaining corporate coherence and to ultimately translate all these efforts to measure up in terms of business results and outstanding corporate performance.
5  A learning business organisation aspiring to similarly integrate the best management practices, the drive for quality, the thirst for knowledge and mastery over competencies and relevant technology into the day-to-day life and activities of member enterprises. This tremendous challenge therefore demands the deliberate institutionalisation of a dynamic and vibrant corporate culture and infusing elements of change and continuous adaptation into the Group’s corporate life.
6  A corporate entity contributing to Malaysia’s economic growth and towards bridging economic divides and alleviating impact from distortions imposed upon society by the economic system. This can be achieved through our presence as a corporate “trust” institution and through the value premise underlying our intrapreneuring concept.
7  A corporate institution actively cultivating and sustaining the trust and faith of all our stakeholders, indeed, of all Malaysians. It is to be achieved, for example, through aligning corporate action with community concerns on current environmental and ecological issues, among others. Such trust and faith is to be ultimately earned from public endorsement of JCorp’s institutional long-term impact on society and from its performance and behaviour in the market.
JCorp’s institutional presence is therefore designed to contribute towards correcting imbalances and mitigating its worst impact on society. As a corporate institution, we aim to minimise the effect of marginalisation of talented members of Malaysian society from the business and corporate mainstream. Hence the offer of entrepreneurial career opportunities particularly to those who would otherwise be alienated simply due to their lack of capital or inaccessibility to exclusive corporate networks.
When all is said and done, we are hopeful that Malaysians will indeed recognise that the Group’s pursuit for business success and corporate critical mass will not, in the long run, end up only in exacerbating the universal capitalistic outcome of gross social and economic inequality in society.
In short, we in JCorp are single-minded in our determination to serve the community through enterprise – A Community of Enterprises and an Enterprise for Community!
FALSAFAH KORPORAT JCORP
Johor Corporation adalah sebuah organisasi korporat pelbagai bisnes yang dipacu oleh pasaran yang mempunyai matlamat wujud untuk menjana nilai dan menambah kekayaan menerusi keusahawanan.
Sebagai sebuah Kumpulan, kami berhasrat untuk menjadi salah satu institusi korporat utama Malaysia yang berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara. Peranan ini boleh dijayakan menerusi pengembangan bisnes strategik yang dapat meningkatkan keupayaan Malaysia untuk bersaing di pasaran global, sekali gus memenuhi permintaan yang semakin meningkat ke atas produk dan perkhidmatan berkualiti.
Seterusnya, melalui program-program Intrapreneur yang jelas susunan dan objektifnya, kami juga berusaha untuk menggerakkan tenaga keusahawanan, mencungkil kreativiti dan inovasi daripada kalangan individu-individu yang berbakat, untuk membolehkan mereka membangunkan dan membina bisnes, dan dalam masa yang sama, mewujudkan peluang-peluang kerjaya keusahawanan di kalangan mereka yang terlibat di samping menyokong pertumbuhan korporat Johor Corporation. Program Intrapreneur ini adalah dipacu sepenuhnya oleh pasaran dan distrukturkan berasaskan kepada format modal teroka (venture capital).
Himpunan dari semua usaha ini kelak, Insya-Allah, akan membolehkan Johor Corporation dibina menjadi sebuah Rumpun Enterprais dalam pengertian yang lebih luas dari cuma maksud istilahnya. Dalam jangka panjang, Johor Corporation juga mempunyai sasaran untuk membantu menambah nilai kepada “modal masyarakat” (social capital) Malaysia yang sangat kritikal bagi memastikan kepaduan negara, kekekalan kestabilan politik serta terjaminnya kewibawaan pemerintahan negara.
Dalam usaha ini, kami di Johor Corporation telah dan akan terus mempelopori konsep Institusi Korporat yang menggabungkan matlamat memburu keuntungan dan aliran tunai serta pengumpulan harta dan kekayaan di satu pihak, dengan matlamat merealisasikan aspirasi nasional yang lebih luas dan agenda ekuiti di pihak yang lain.
Â
Yang lebih utama ialah keyakinan Johor Corporation bahawa semua ini boleh dicapai melalui cara korporat dan menerusi kaedah yang selari dengan pendekatan disiplin bisnes sepenuhnya.
Â
Sehubungan dengan itu, di atas segala yang lain, kami adalah:
1.   Organisasi korporat yang melahirkan enterprais anggota yang berupaya mewujudkan dan menambah nilai serta berorientasikan keputusan. Namun, di dalam usaha ini, organisasi ini tetap berfokus kepada insan yang menganggotainya serta memaksimumkan cetusan peluang untuk semua peringkat anggotanya bagi melahirkan daya keusahawanan dan kreativiti dalam bisnes mereka.
2.   Organisasi bisnes berdaya keusahawanan yang menjanjikan peluang bisnes dan kerjaya korporat untuk individu-individu yang berbakat bagi mencapai tahap prestasi yang paling tinggi termampu, seiring dengan rentak dan ruang lingkup pertumbuhan bisnes dan enterprais masing-masing.
3.   Rumpun Enterprais yang sentiasa menyanjung tinggi asas-asas nilai sosial yang berupaya mencantumkan organisasi balik ke akar umbinya di dalam masyarakat induknya Malaysia. Kami mengiktiraf sepenuhnya bahawa nilai-nilai murni ini perlu diintegrasikan dan disebatikan di dalam kehidupan korporat Johor Corporation sebelum kuasa daripada kegigihan motivasi yang terdapat pada nilai ini berupaya digemblengkan untuk menghasilkan keputusan yang maksimum daripada semua anggota terlibat.
4.   Entiti Bisnes yang dipacu nilai (values-driven) yang telah diterima dan menjadi pegangan sebahagian terbesar anggotanya yang terdiri dari warganegara Malaysia beragama Islam. Mereka adalah asas-asas nilai Islam ke dalam amalan korporat. Tugas Johor Corporation yang paling mencabar adalah untuk mengadaptasi dan mengadunkan nilai-nilai murni ini bagi memastikan kerelevanannya dalam konteks bisnes, di samping mengekalkan kejatian serta pengertian nilai. Di dalam usaha ini Johor Corporation akan teruji sepenuhnya oleh tuntutan untuk mengekalkan kepaduan jatidiri korporatnya, di samping, pada akhirnya, menentukan bahawa semua daya usaha ini tetap menghasilkan keputusan bisnes dan prestasi korporat yang cemerlang.
5.   Organisasi bisnes berlandaskan tuntutan ilmu yang sekali gus berusaha mengintegrasikan amalan pengurusan terbaik, pengejaran kualiti, peningkatan ilmu pengetahuan dan penguasaan kompetensi serta teknologi yang relevan untuk kehidupan seharian dan kegiatan semua anggota Rumpun Enterprais. Cabaran hebat ini memerlukan penginstitusian budaya korporat yang cergas dan dinamik serta suntikan semangat gemarkan perubahan dan pembaharuan di dalam kehidupan korporat Kumpulan.
6.   Entiti korporat yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia langsung merapatkan jurang ekonomi dan mengurangkan impak ketidakseimbangan di kalangan masyarakat kesan daripada sistem ekonomi itu sendiri. Ini boleh dicapai menerusi kehadiran Johor Corporation sebagai ‘Intitusi Amanah Korporat’ dan melalui asas-asas nilai yang dijadikan landasan kepada konsep pembangunan usahawan intrapreneur Johor Corporation.
7.    Sebuah institusi korporat yang secara aktif dan terus-menerus berusaha untuk memupuk dan mengekalkan keyakinan dan kepercayaan semua yang berkepentingan dengannya, termasuk seluruh rakyat Malaysia amnya. Sebagai contoh, usaha ini akan dijayakan menerusi penjajaran semua tindakan korporat dengan kehendak masyarakat, termasuk antara lainnya, akan isu-isu yang mendapat perhatian semasa seperti mengenai ekologi dan alam sekitar. Pada akhirnya, Johor Corporation akan berupaya mewujudkan dan mendapat keyakinan dan kepercayaan masyarakat hanya setelah masyarakat menerima baik hasil daripada segala impak institusi yang memanfaatkan masyarakat dan juga setelah prestasi dan perilakunya dinilai di pasaran.
Dengan demikian, kehadiran Johor Corporation sebagai sebuah institusi adalah dirangka untuk menyumbang kepada usaha-usaha memperbaiki ketidakseimbangan dan mengurangkan impak buruk yang boleh merosakkan masyarakat. Sebagai sebuah institusi korporat, Johor Corporation bertujuan untuk mengurangkan kesan peminggiran anggota masyarakat Malaysia yang berbakat daripada aliran utama bisnes dan korporat. Justeru, usaha menawar peluang kerjaya keusahawanan telah ditumpukan khusus untuk mereka yang, tanpa institusi ini, akan terkesamping cuma kerana mereka kekurangan modal atau tidak berkeupayaan untuk menembusi tembok-tembok jaringan korporat yang eksklusif.
Apabila semuanya telah disempurnakan, kami mengharapkan agar seluruh masyarakat Malaysia akan dapat memahami dan menerima baik bahawa kegigihan Kumpulan di dalam memburu kejayaan bisnes dan membina Johor Corporation ke tahap organisasi korporat besar, pada jangka panjangnya, adalah bermanfaat untuk masyarakat amnya. Ini kerana kejayaan Johor Corporation, pada akhirnya, akan membantu memperbaiki keadaan ketidakadilan sosial dan ekonomi dalam masyarakat akibat daripada kapitalisme sejagat, Insya-Allah!
Tegasnya, kami di Johor Corporation telah mencapai kebulatan azam yang total untuk berkhidmat kepada masyarakat menerusi keusahawanan – Membina Rumpun Enterprais dan Enterprais Untuk Membina Negara dan Membela Bangsa.
Comments
One Response to “JCORP’S CORPORATE PHILOSOPHY (Juga dalam terjemahan bahasa Melayu)”
Leave a Reply
Please note: Comment moderation is currently enabled so there will be a delay between when you post your comment and when it shows up. Patience is a virtue; there is no need to re-submit your comment.


Assalamualaikum Tan Sri dan warga JCorp.
Bagaimana menjadi sebuah persatuan perniagaan berasaskan pembuatan kerja kerja besi untuk bersatu dan berjaya secara berkumpulan?
TERIMAKASIH